Apakah itu Siber Sukses?

Siber Sukses menyediakan platform yang memudahkan sesiapa sahaja agar dapat menjalankan bisnes online dengan sistematik untuk menjana pendapatan.

Apakah itu Volten International?

Volten International adalah syarikat yang berdaftar secara sah di Malaysia di bawah nama Volten Asiaemall Sdn. Bhd. (1210202-K) 

Apa kaitan Siber Sukses dengan Volten International?

Siber Sukses ialah ejen bebas sah berdaftar dengan syarikat Volten International dan laman sesawang ini bukanlah laman sesawang rasmi syarikat. Ianya adalah media digital bagi tujuan pemasaran. Manakala, Volten International pula adalah pemilik kepada konsep bisnes, sistem ejen serta e-commerce, pelan komisyen dan set produk kesihatan.

Apakah jenis perniagaan ini?

Perniagaan ini 100% dijalankan secara dalam talian (online) dengan menawarkan produk berkualiti tinggi yang mempunyai pengiktirafan oleh KKM, HACCP dan juga JAKIM.

Apakah itu netcommerce?

Netcommerce adalah konsep pemasaran  ecommerce yang efektif menyalurkan produk dan peluang perniagaan dengan meluas.

Berapa lama sudah perniagaan ini bertapak?

Pengalaman pengasas syarikat iaitu Tuan Ismail Che Ani lebih 20 tahun dalam bidang ini menjadikan syarikat Volten International antara syarikat yang pesat membangun di Malaysia yang telah menjana jualan lebih RM100 juta dalam masa hanya 3 tahun. Ini memberi gambaran jelas bahawa konsep, strategi dan sistem yang dibangunkan oleh Volten International berhasil serta mempunyai potensi besar pada masa depan.

Apakah produk atau servis yang berkait dengan perniagaan ini?

Produk dan perkhidmatan adalah tulang belakang utama syarikat dan bisnes ini. Syarikat menekankan untuk menyebarkan kebaikan produk berasaskan halia hitam gred A yang diformulasikan secara moden oleh Volten International. 

Adakah produk atau servis bisnes ini pada harga yang berpatutan?

Dari segi produk digital, kalau kita nak bina sendiri memakan masa, tenaga dan juga wang ringgit yang banyak. Apa yang disediakan di sini adalah jauh lebih jimat. Sebagai contoh kalau kita nak bina sistem ecommerce kita sendiri memakan belanja RM5000 hingga RM30,000. Begitu juga dengan produk kesihatan Volten yang berkualiti tinggi yang kualiti dan keberkesanannya berada sama standard dengan produk dari luar negara.

Apakah yang saya dapat jika saya daftar?

Banyak yang bakal anda dapat seperti sistem ejen ecommerce, laman sesewang (website) promosi, latihan dan bimbingan, Whatsapp support group serta set produk kesihatan anda yang ditempah mengikut pakej.

Apakah latihan dan sokongan yang saya dapat?

Kami amat mengutamakan pendidikan dan bimbingan. Di sini anda akan mendapat ilmu yang praktikal untuk kejayaan bisnes anda di sini seperti pemasaran, jualan, pembangunan diri, motivasi, kewangan dan juga kesihatan. Selain itu anda akan dibimbing.

Adakah sumber pendapatan dari bisnes ini halal dan patuh syariah?

Insha Allah, produk kita halal dan memberi manfaat kesihatan manakala sistem bisnes dan pelan komisyen kita pula telah diteliti oleh panel syariah dan diakui tidak bercanggah dengan hukum muamalat.

Apakah potensi pendapatan yang realisitk?

Jumlah pendapatan anda yang tentukan kerana sistem ini bukan sekadar teori kerana sudah ramai yang terbukti dapat menjana 3, 4, 5 hingga 6 angka setiap bulan mengikut pelan dan strategi yang sedia ada.

Kenapa perlu keluarkan modal untuk bisnes ini?

Modal itu adalah untuk diri anda sendiri seperti set produk untuk anda jual atau guna sendiri, dan sistem bisnes online yang anda gunakan untuk urusan perniagaan anda. Potensi pendapatan anda di sini amat besar dengan modal yang minima.

Adakah belian wajib setiap bulan diperlukan untuk saya jana pendapatan?

Tidak perlu sama sekali. Anda tetap akan dapat komisyen harian atau bulanan sekiranya anda layak tanpa perlu ada pembelanjaan minimum.

Berapakah modal yang diperlukan untuk mula bisnes ini?

Ia bergantung dengan kemampuan serta komitmen anda, kita sediakan pakej pemula serendah 480 ringgit hingga pakej bisnes iaitu 4800 ringgit bagi yang mereka betul-betul nampak dan serius untuk bina bisnes ini untuk jangka masa panjang.

Berapa cepatkah saya boleh dapat modal balik?

Ini juga bergantung kepada anda, satu hari pun anda boleh dapat modal balik jika itu menjadi keutamaan anda. Kita di sini akan diajar untuk tidak fokus menjual tetapi lebih kepada memberi manfaat, berkongsian dan nilai untuk bakal pelanggan.

Saya tiada duit modal, bagaimana saya nak cari sumber kewangan untuk mula?

Masalah di sini bukan modal, tetapi keyakinan kita. Adakah kita nampak potensi bisnes ini? Jika YA jawaban anda, wang untuk modal itu akan jadi masalah kecil sahaja. Hendak seribu daya, tidak nak seribu dalih kata orang-orang tua. Suntikan modal permulaan anda boleh dapatkan samaada dari keluarga, rakan-rakan

Apakah cabaran yang bakal saya hadapi jika sertai bisnes ini?

Cabaran yang paling besar yang bakal anda hadapi adalah diri sendiri. Sebab itu kita sentiasa mengadakan latihan demi latihan secara online dan juga offline agar anda dapat terus memajukan diri dan bisnes anda.

Adakah peraturan yang saya perlu ikut dalam bisnes ini?

Ya sudah tentu ada demi menjaga kesejahteraan perniagaan dan semua ejen. Anda akan dapat kod etika lengkap ketika anda pertama kali masuk ke sistem ecommerce anda.

Bagaimana saya nak dapatkan pendapatan atau jualan?

Ada beberapa strategi pemasaran diajarkan kepada anda bagi membantu anda untuk konsisten menjana pendapatan dan juga mengembangkan rangkaian bisnes anda.

Bagaimana saya nak tarik pelawat ke laman web saya?

Ada beberapa cara yang terkini dan juga evergreen akan anda pelajari dari kami, samada secara online mahupun offline. Disertakan juga cara percuma dan juga teknik menarik pelawat secara iklan berbayar.

Adakah saya akan dapat ilmu tentang produk atau servis?

Sudah tentu, kerana produk adalah tunjang utama bisnes ini.  Pertama sekali, anda sendiri kena merasai kekuatan yang ada pada produk syarikat, itu ilmu yang utama. Seterusnya, anda akan dapat hadiri sesi pengenalan produk dan servis ini dari kami hampir setiap minggu.

Berapa banyak masa yang saya perlukan untuk kembangkan bisnes ini?

Minimum 2 jam sehari adalah cukup untuk anda kembangkan bisnes ini, tetapi masa itu anda gunakan dengan fokus untuk mengembangkan perniagaan anda.

Bagaimana saya nak mula?

Anda hanya perlu daftar melalui laman web ini atau anda hubungi semula kenalan yang memperkenalkan anda dengan peluang perniagaaan ini.

Kenapa saya perlu daftar bisnes ini?

Bisnes ini mempunyai risiko yang amat rendah tetapi potensi keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini sudah terbukti dan bukan sekadar teori kerana sudah ramai yang sudah mengecapinya!

Berapa lama untuk akaun saya diaktifkan?

Setelah kami menerima pembayaran dari anda, akaun anda akan sedia untuk digunakan dalam masa 24 ke 48 jam maksimum. 

Apakah faedah yang saya dapat dari perniagaan ini?

Yang paling ketara anda dapat lihat nanti adalah dari segi karakter serta peribadi anda, kedua adalah tahap tenaga serta kesihatan anda yang menjurus kepada yang ketiga iaitu faedah dari segi ekonomi.

Bila saya akan terima set produk?

Set produk kesihatan anda akan diproses serta dihantar dalam 12 hingga 24 jam (hari bekerja). Untuk Semenanjung Malaysia anda akan menerima pakej produk anda dalam 3 – 4 hari, dan untuk Sabah/Sarawak/Brunei/Singapura dalam 7 – 10 hari. Dan untuk Iuar negara di ASEAN, dalam 14 – 20 hari. Lain-lain negara dalam 30 – 40 hari.

Apakah jaminan yang saya dapat?

Kami jamin bahawa setiap produk yang diberikan kepada anda adalah dalam keadaan yang terbaik, selamat dan bermutu tinggi. Anda dengan mudah boleh menghubungi kami pada bila-bila masa waktu bekerja sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dengan mana-mana produk yang anda terima.

Adakah produk kesihatan halal dan selamat?

Ya, insha Allah, produk adalah berasaskan bahan semula jadi halia hitam dan sedikitpun tidak bercampur dengan pewarna, pengawet, perasa, peransang atau bahan toksik serta dadah yang merbahaya. Produk kesihatan dijamin selamat dengan adanya kelulusan KKM, HACCP dan juga halal yang diiktiraf JAKIM.

Adakah saya akan dibimbing dan dibantu?

Sudah tentu, itu adalah teras paling utama untuk sesiapa sahaja ingin berjaya dalam perniagaan ini. Kita akan dapat apa yang kita ingin dapat jika kita bantu orang lain dapat apa yang mereka ingin dapat.

Jika set produk kesihatan saya terima dalam keadaan rosak, apa yang perlu saya buat?

Anda hanya perlu menghubungi khidmat pelanggan kami dan produk anda akan diganti dengan yang baharu.