Salah faham No.1 tentang Network Marketing / MLM

Dalam Islam konsep jual beli dan riba itu terang lagi jelas. Dan konsep perniagaan mengikut syariat adalah perlu ada saling redha menredhai dalam urusan jual beli itu. Melainkan sesebuah syarikat itu menawarkan produk atau servis yang haram atau terlibat dengan penipuan maka itu jelas bahawa ianya haram di sisi hukum syariah dan juga undang-undang negara.

Masalah sekarang, kebanyakan kita terlalu fokus kepada pandangan negatif dari sesetengah pihak yang hanya membentangkan tanggapan mereka secara emosional bukannya secara rasional atau hujah yang tepat.

Ini disebabkan mungkin mereka adalah orang yang gagal dalam industri ini dan akhirnya menjadi orang tukang kecam kepada industri ini , atau mereka hanya melihat industri ini dari sudut luaran sahaja dan mengikut logik akal tanpa melihat kelebihan bisnes ini dalam membantu orang yang memerlukan.

Jadi untuk mengetahui hujah saya dengan lebih lanjut mari kita lihat video pendek ini sampai habis.

Jika ada sebarang pandangan, saya sentiasa terbuka kepada komen anda dan jika anda rasakan video ini bermanfaat sila share di media sosial anda. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply