Apakah produk yang paling menguntungkan ketika ini?

Bagi mereka yang ingin menambah pendapatan atau mencari sumber pendapatan baharu, soalan yang selalu bermain di minda adalah apakah produk yang terbaik ketika ini?

Bagi seorang pakar ekonomi, pentaksub teknologi (technocracy) atau seorang peramal masa depan (futurist) ada beberapa perkara yang sentiasa menjadi perhatian mereka.

Dua perkara ini adalah amat penting untuk anda pantau tidak kira pada tahun bila dan dalam keadaan apa sekalipun.

Dua perkara inilah jika anda dapat menguasainya, anda akan sentiasa berada di hadapan.

Saya dedahkan kepada anda di sini secara pantas:

  1. Fenomena sosiologi (iaitu perubahan mendadak dalam tingkah laku manusia)
  2. Perkembangan teknologi

Maksud sosiologi: secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi adalah berkenaan dengan perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia.

Dua faktor inilah yang menjadi rujukan utama sama ada di pihak kerajaan atau pemilik syarikat besar untuk mereka membuat keputusan yang besar.

Anda boleh buat kajian kes (case study) sendiri berdasarkan dua faktor itu dan saya pasti anda akan nampak corak berkenaan di situ.

Mungkin saya boleh utarakan beberapa contoh kepada anda di sini mengikut keadaan semasa  agar mudah untuk anda kaitkan.

Pertama, Alibaba.

Kenapa syarikat e-dagang Alibaba menjadi begitu hebat seperti yang saya dan anda tahu sekarang?

Secara asasnya, ia menggunakan 2 faktor yang saya nyatakan awal tadi.

Pertama mereka telah lihat jauh ke hadapan apa yang terjadi dengan fenomena manusia, dan mereka dapat melihat bagaimana teknologi semasa dapat membantu mereka untuk mengambil manfaat dari keadaan itu.

Mari kita berundur beberapa tahun ke belakang sebelum wujudnya Alibaba dan kita cuba letakkan diri kita di dalam minda Jack Ma ketika itu, cuba fikir apa yang beliau nampak?

Mungkin ketika itu beliau nampak perubahan dalam kehidupan manusia yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Iaitu manusia akan menjadikan teknologi seperti komputer, telefon dan internet ini sebagai alat untuk aktiviti harian mereka bagi keperluan penting seperti urusan jual beli.

Dengan memahami perubahan itu, dia nampak kemajuan teknologi yang semakin membangun akan membantunya untuk mencapai matlamat dan misinya.

Dengan itu dia bermati-matian mahu mencipta Alibaba. Iaitu satu platform yang akan menghubungkan manusia yang tetap berpaut dengan teknologi untuk mendapat pelbagai pilihan produk di internet dari serata dunia.

Baik, yang kedua adalah GRAB atau FOODPANDA.

Grab dan Foodpanda sememangnya tidak menyangka bahawa pandemik seperti Covid-19 akan meletus.

Tetapi sekurang-kurangnya mereka nampak dua faktor itu.

  1. Perubahan sosiologi manusia
  2. Perkembangan teknologi

Pertama mereka nampak bahawa manusia kini lebih ‘malas’ untuk keluar dan mungkin juga melihat kebanyakan orang hanya duduk selesa untuk berada di sesuatu tempat berdamping sentiasa dengan teknologi seperti komputer, telefon dan internet disamping mereka.

Dari situ mereka melihat pula dari sudut perkembangan teknologi yang ada pada telefon pintar dan juga letusan penggunan aplikasi telefon.

Jadi mereka telah mengambil manfaat dari perkembangan teknologi serta penggunaan yang mendadak itu demi untuk memberi solusi atau mengambil manfaat kepada perubahan sosiologi manusia itu.

Dan apabila keadaan seperti pandemik ini berlaku, ianya terus melonjakkan lagi perniagaan mereka seperti yang kita sendiri saksikan!

Jadi seperti tajuk asal tadi, apakah produk yang paling menguntungkan ketika ini?

Jawapannya berbalik kepada 2 faktor tadi.

Banyak produk yang boleh jadi batu loncatan untuk berjaya ketika ini.

Paling mudah, mungkin ada boleh ambil contoh sanitiser atau face mask berdasarkan dua faktor itu.

Baik.

Antara produk yang paling menguntungkan ketika ini adalah:

Pertama; kita melihat perningkatan dari segi masalah kesihatan yang tidak ada penghujungnya, kerana sumbangannya dari trend cara hidup yang kurang sihat yang menjurus kepada tahap kesihatan yang merosot disebabkan oleh cara permakanan manusia ketika ini, kandungan toksin yang tidak jelas dalam banyak makanan proses, kurang menjalankan aktiviti senaman berkala, terdedah kepada radiasi secara kerap dan banyak lagi.

Ini adalah sosiologi masyarakat dunia sekarang yang bukan sahaja baru berlaku, dan mungkin ini akan mengejutkan anda, tetapi realitinya, setiap pekara dalam dunia ini akan sentiasa meningkat perkembangannya berkali ganda dari sebelumnya.

Makudnya di sini, trend yang merosakkan ini akan meningkat lagi tanpa anda sedari, berkali ganda dari sebelumnya.

Kedua, perkembangan teknologi terkini yang membolehkan manusia mendapat alternatif kepada ubatan yang mereka ambil yang sekadar hanya menahan penyakit bukan penyembuhkan dengan bertukar kepada permakanan tambahan semula jadi (supplement) yang menggunakan teknologi nano, super extraction dan sebagainya.

Serta kemudahan yang membolehkan kita untuk bertemu dengan mereka secara dalam talian (online) dengan saluran yang ada seperti Whatsapp, Facebook dan Google.

Di sini anda sudah nampak 2 faktor ini juga terlibat.

Sebab itu kita di Siber Sukses menawarkan solusi semua-dalam-satu untuk anda.

Kita sediakan platfrom e-commerce (e-dagang) untuk anda yang mirip model Amazon atau Shopee, laman web jualan serta sistem pemasarannya, gerbang pembayaran dalam talian, sistem penghantaran konsep dropship dan yang paling penting produk yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan ini iaitu produk kesihatan yang dicipta menggunakan teknologi yang hebat seperti teknologi nano dan produk yang mempunyai ribuan testimonial yang kuat untuk memudahkan kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

Secara asasnya dan corak yang berlaku sekarang, anda sendiri boleh simpulkan bahawa trend ini sebenarnya akan berpanjangan untuk tempoh yang begitu lama pada tahun-tahun yang mendatang.

Jadi kini, saya mahu memberi peluang kepada anda untuk merebut peluang yang kami sediakan.

Anda hanya perlu dapatkan pakej yang disediakan di sini untuk bermula dan dari situ kami akan bimbing anda bagaimana anda dapat membantu memberi solusi kepada mereka yang memerlukan pada masa yang sama mengambil manfaat ekonomi dari perkembangan teknologi kini.

Leave a Reply