5 cara untuk follow up pelanggan sedia ada supaya beli banyak kali

1) Tanya khabar

Perkara yang paling mudah untuk kita lakukan adalah tanyakan khabar mereka. Ini akan menjadikan hubungan anda terus erat dengan pelanggan anda agar mereka tahu bahawa anda sentiasa ingat dan perihatin dengan mereka.

2) Update maklumat baharu

Apa-apa sahaja perkembangan baharu tentang produk, syarikat anda boleh beri info tersebut kepada pelanggan anda. Jika ada event atau aktiviti yang anda lakukan yang anda rasa pelanggan anda patut tahu supaya mereka dapat lihat anda seorang yang aktif dan komited dalam perniagaan anda.

3) Beri tawaran istimewa 

Ianya tidak semesti yang membebankan anda, sekadar dengan pemberian percuma atau special gift amat berharga bagi seseorang pelanggan. Ini sudah tentu akan membuat mereka rasa istimewa dan dihargai.

4) Beri testimoni

Teruskan memberi testimonial tentang produk anda akan meningkatkan keyakinan pelanggan anda untuk terus menggunakan servis atau produk anda. Jika mereka dapat lihat orang lain boleh berjaya melakukannya, maka mereka pun ingin mengikut jejak langkah mereka yang sudah mencapai apa matlamat mereka dari menggunakan produk atau servis anda.

5) Minta feedback (maklum balas)

Sentiasa ambil berat untuk ambil maklum balas (feedback) dari pelanggan yang telah menggunakan produk atau servis anda. Ini kerana anda akan tahu jika mereka ada masalah maka anda membuka peluang untuk diri anda dapat membantu mereka dengan lebih banyak lagi (after sales service) , atau jika mereka memberi feedback yang baik, anda boleh gunakan feedback tersebut untuk ditunjukkan kepada bakal pelanggan anda pada masa depan.

2 Comments

  1. Abdullah Usammah Amin bin Azman

    Alhamdulillah dapat belajar ilmu dengan orang hebat.

Leave a Reply