4 faktor penting untuk menilai potensi bisnes

Sebelum anda ingin ceburi mana-mana bisnes sudah tentu anda nak tahu bagaimana potensi keuntungan bisnes atau potensi pasaran sesuatu produk atau servis betul tak?

Inilah soalan biasa yang akan berlegar di fikiran sesiapa sahaja yang merancang untuk menjalankan sesuatu perniagaan baharu.

Tanpa membuang masa anda, berikut adalah 4 perkara yang menjadi tonggak utama untuk kita lihat potensi sesuatu bisnes atau pasaran.

1. Ada masalah yang besar

Jika anda lihat mana-mana perniagaan yang ada sekarang ini, pasti anda dapat lihat ianya wujud kerana menyelesaikan sesuatu masalah.

Anda boleh jadikan ini sebagai kajian rutin anda untuk memerhati apakah masalah yang diselesaikan oleh sesuatu perniagaan itu. Anda akan dapati kajian ini amat menyeronokan untuk dibuat!

Sebenarnya semakin besar masalah yang ada maka semakin besar juga peluang untuk bisnes itu.

Sebagai contoh kita ambil bisnes AirAsia.

Mereka dapat melihat ada kelompangan besar di dalam pasaran penerbangan ketika itu iaitu tidak semua dapat menaiki kapal terbang kerana ianya agak mahal bagi kebanyakan orang (ini adalah masalah besar). Akhirnya mereka meletakkan tagline bisnes mereka iaitu ‘Everyone Can Fly’ kan?

Dari situ, dengan wujudnya masalah yang besar itu membuka peluang yang besar juga kepada mereka.

2. Solusi yang unik

Jika kita menawarkan sesuatu penyelesaian yang sama kepada orang, maka ianya agak sukar untuk kita bersaing.

Tetapi jika kita menawarkan sesuatu yang baharu atau unik, membuatkan prospek lebih tertarik untuk berurusan dengan kita. Anda kena faham bahawa ini adalah lumrah manusia yang tidak dapat dielakkan, iaitu manusia suka kepada kelainan!

Apakah yang menyebabkan tawaran kita lain dari yang lain? Adakah kita menawarkan penyelesaian yang lebih berkesan, lebih cepat, lebih murah, lebih baik dari pesaing yang sedia ada?

Walaupun kita ada ramai persaingan di luar sana, jika kita dapat posisikan produk kita unik dan menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain dari segi fungsi produk atau perkhidmatan maka itu akan memberi banyak kelebihan kepada bisnes kita.

3. Audien yang terdesak atau ‘dahaga’

Jika masalah yang ada begitu besar maka seharusnya ia juga mempunyai audien yang besar. Jika audien ini tidak besar maka ia tidak menepati perniagaan atau pasaran berpotensi yang kita sedang bincangkan di sini.

Walaupun produk kita mempunyai banyak kelebihan atau banyak fungsi yang membantu, kita kena melihat dari sudut siapakah yang terdesak atau “dahaga” menggunakan produk atau servis kita?

Boleh saja kita menawarkan produk kepada ramai orang secara rambang, tetapi jika kita dapat meletakkan diri kita di hadapan mereka yang benar-benar memerlukan manfaat yang ada pada produk atau servis anda disebabkan masalah mendesak yang mereka hadapi, maka ini jauh lebih efektif untuk anda jadikan mereka sebagai klien anda!

4. Ketepatan masa

Jika produk atau perkhidmatan anda evergreen atau future proof seperti kesihatan atau keperluan harian maka ianya tidak menjadi masalah. Tetapi jika keadaan mendesak, anda juga mesti berubah mengikut keadaan semasa menggunakan keupayaan teknologi yang sedia ada.

Sebagai contoh mudah, adakah tepat jika kita menjual mesin taip di waktu ini? Sudah tentu tiada yang akan berminat.

Oleh itu, dengan melihat pasaran secara menyeluruh, kita mahu menentukan timing atau ketepatan masa untuk produk atau servis yang kita tawarkan dan bertanya; adakah produk ini tepat di waktu sekarang ini?

Untuk mendapat kepastian berkenaan dengan ini, kita dapat melihat dari segi keperluan semasa, trend gaya hidup, terbitan berita dan juga polisi kerajaan.

Akhir Kata

Saya harap dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu anda memilih perniagaan yang tepat. Kita tidak mahulah memulakan sesuatu bisnes ini secara semberono atau hanya ikut-ikut sahaja tanpa tahu pucuk pangkal kebenaran di sebalik keputusan kita itu.

Dengan itu, saya ada tawaran di sini jika anda berminat untuk memulakan bisnes yang mempunyai empat faktor seperti di atas, anda boleh layari di sini untuk buat pernilaian sendiri.

Leave a Reply